Monday 5 December 2011

kawan

hari ini maybe aku dah buat silap..tapi apa yang aku buat untuk kebaikan..aku just dah takda cara..salahkah?semua orang ada masalah right..tapi janganlah masalah tu buat orang lain terpaksa memikul bebannya..

just nak say sorry..tapi terpaksa juga memandangkan KAU dah langgar etika..aku punya sabar ada had..aku tak kisah KAU nak anggap aku apa..hanya untuk pengajaran supaya KAU lebih berhati-hati di masa akan datang..

haa...ni bukan kes aku pukul orang ke, bunuh ke, apa ke..just kasi gerun je..huhu..sebab aku selalu pegang pada janji..bila orang buat bodoh dengan janji,aku kena gak fikir 1 cara supaya KAU akan ingat kalau KAU nak buat macam tu lagi..simple kan..

so, jangan simpan dendam,tak bertegur ke, sebab apa, kita KAWAN..

Wednesday 30 November 2011

life

manager dah tak kacau aku..happy juga..tapi rasa pula macam dah tak penting..hurm..anyway,alhamdulillah after cerita dekat dia,dia bagi aku kelonggaran..agak respect la even apa yang aku buat dah langgar law..bukan senang nak hidup and bukan senang nak mati..sharing is the best way..tapi cuma untuk yang boleh memahami la..now,banyak benda nak kena fikir and buat..masa ada 24 jam je..siapa ada lebih?aku nak beli.....

Saturday 26 November 2011

tunang

26 November 2011
3pm
Villa Puteri, KL

aku bertunang..wee...~

jangan terkejut sebab plan aku pada 20/11/2011..tapi takde preparation pun..just ada cincin..slumber tak?cam nak pegi mana je..ingat nak pegi meminang anak orang main redah je ke?dari kecil mak bapa dia bela tau..so apa-apa pun kena la beradat..ada sirih junjung and hantarannya la..biasanya untuk bertunang ni orang akan bagi makanan..so aku bagi coklat, kek, and buah..lain-lain tu macam baju nikah and cincin pertunangan..

kami buat simple je..antara keluarga..tak perlu panggil semua orang yang kita kenal..lebih kepada perbincangan untuk tahu tarikh nikah, hantaran dan tempat..dapat juga mengeratkan silaturrahim..daripada kenal-kenal macam tu je dah jadi close..sedikit jamuan untuk yang hadir..memadaikan?lagipun maksud lain untuk pertunangan itu pun adalah perjanjian untuk perkahwinan..kalau-kalau la tak jadi, kan dah memalukan dua keluarga..apa-apa pun kita kena mengharapkan yang terbaik untuk apa yang kita lakukan..niat kena betul..

Tarikh nikah?plan pada 18/12/2011..bertempat di KL..ni tarikh anniversary aku dengan si dia..dah 9 tahun kami berkawan..lama  ke?rasa-rasa?hoho..majlisnya pula plan seminggu after nikah tu..agak serabut sebenarnya sebab lagi 3 minggu je pun..dah dekat..yang penting buat yang wajib..tambahan pula tarikh yang dipilih sama dengan tarikh anniversary parent si dia..waa...kata ayahnya boleh la dia follow honeymoon sama-sama..yew..~

antara gambar pertunangan yang sempat dirakam...









Wednesday 16 November 2011

futsal

Ahad
13/11/11
VIP court futsal
9am-2pm

pagi tu bangun awal..kena setup court untuk tournament..ketua dah bagi kerja untuk setiap AJK..aku bukan excited nak kemas,susun and hias court ni..ni la game yang aku tunggu-tunggu (futsal)..just harap hari tu aku dapat buat yang terbaik untuk diri aku..bukan apa,dulu time aku main dengan team aku untuk satu tournament,aku agak mengecewakan..gugup je bila main..

malam sebelumnya aku tidur awal..jarang sekali la..harapannya bangun awal and cergas..target nak goal banyak and beraksi cemerlang..hahaha..poyo ke? just untuk rumah sukan aku yang berada di kedudukan second last sekarang ni..last game lak tu..game first bertemu dengan team pilihan juara..bawang..adoi..semua power-power..tapi alhamdulillah..game pertama seri..game seterusnya hanyalah kemenangan..huhuhu..happy betul...~



jangan terkejut kenapa pakai baju bola jaring..yang ni je ada banyak..bedal jela..bersama rumah bawang 1..game pertama..seri 3-3..aku berjaya menyumbat ketiga-tiga gol..wee~ game berikut menentang team subsidiari..bekal baru 2..menang dengan 5-0...aku dapat sumbat 4 gol..game ketiga menentang starbery 1..menang 2-0..yang ni aku dapat 1 gol..dah penat..team lak power..game terakhir dalam liga kumpulan,menentang rumah udang 2..menang 5-0..aku sekali lagi dapat sumbat 3 gol..hehe..peringkat separuh akhir menentang bekal baru 1..seri 1-1..menang menerusi sepakan penalti..final menentang udang 1..seri 0-0 and menang menerusi sepakan penalti..  


ni saat indah..team coklat dapat johan untuk liga futsal adabi 2011..barisan team coklat dari kiri muhamad idham,aku,kapten abg yob,keeper hairi montahe,penyelia prod B,che azmi..


aku dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan..trofi disampaikan oleh pengerusi KSR, pn rafidah masri..


ni pula aku dapat hamper no.1 cabutan bertuah..first time aku dapat camni..tapi kena kekah..huhu..yang penting happy..kalau bukan kerjasama antara team,aku tak dapat apa yang aku harapkan..

Sunday 6 November 2011

turtles

aku ada kura-kura..ada 3 ekor..tapi tak tahu yang mana jantan,yang mana betina..korang tahu tahu x yang mana?huhu..nama dia xtahu pula tapi dekat leher dia ada color oren atau kuning tu..tapi totally hijau la..

aku letakkan dorang dekat dalam aquarium yang tak bertutup..air pun sikit je..then aku susunkan batu-batu sungai yang agak besar supaya dorang boleh bertenggek untuk mengeringkan  badan..aku bela dorang ni sebab suka tengok ninja turtle..kartun time aku budak-budak dulu..nama dorang aku dah lupa tapi aku ingat color and senjata yang dorang pakai..hoho..

nak jaga senang..tapi air cepat busuk..makanan dia maybe kangkung..aku tak sure sebab aku beli yang dah ready made dekat kedai ikan..mahal juga satu botol makanan dorang tu..tapi nak buat macam mana,aku xtahu dorang makan apa lagi selain tu..dorang ni un jenis berebut bila makan..sampai ada yang memanjat atas badan membe untuk mendapatkan makanan..sweet kan?

cara nak pegang kura-kura ni pun kena betul..pegang dekat cengkerang dia..dia ni boleh mengigit..tapi xtahu betul ke tak statement ni sebab aku belum pernah gigit lagi..hehe..kalau letak dia dekat karpet,memang macam pelesit dia lari..tapi suka tengok muka dia..comel..kuku dia pun panjang..bila korang pegang dia lama-lama,dia gunakan kuku dia tadi untuk melepaskan diri..

kura-kura jenis ni aku rasa bukan pemalu atau jenis nampak orang menyorok..so,kepada yang baru nak membela selamat mencuba..hehehe..


kiki,kaka,kiko~


hamster

tadi ikan..ni pula hamster..pencinta haiwan la katakan..hehe..aku ada 2 ekor..1 momot(jantan) and 1 mikki (betina)..hamster aku ni jenis besar..maksudnya yang jenis lembap tu..yang kecil tu aku tengok memang comel..tapi ada yang garang and cepat membiak..kalau dah membiak banyak-banyak nak letak mana..ingat rumah tikus ke..hoho..

aku beli 2 set rumah hamster..aku beli 2 sebab membe aku beritahu,kalau betina pregnant,jangan campur dengan jantan..nanti dia bunuh anak..yang betina fully putih..yang jantan ada tompok hitam..tapi jantan yang paling manja..suka duduk dalam tapak tangan..makan pun bersuap..dia suka kumpul kat pipi and bawa kat tempat tidur dia..yang sweetnya tengok dorang kupas kuaci 2..comel..kat tempat dorang ada roda,kasut yang berlubang,tempat makan and tempat tidur..first masukkan dorang dalam sangkar terus naik roda tu laju2..aik..xpenat ke?o mayb nak biasakan diri..berlari turun naik,atas bawah..lepas dah biasa dalam sangkar 2,tidur je memanjang..bangun untuk makan and kencing je..tapi waktu tidur yang paling lama..




tapi yang x bestnya serbuk kayu dorang kena tukar selalu..hancing..serbuk kayu 2 pun ada pelbagai bau..aku malas nak tukar..nak basuh semua tempat dorang..suka tengok tapi malas nak cuci..hamster aku pun aku mandikan..badan alaaa...kurus rupanya..bulu je lebat..tapi nak jadikan cerita,mayb momot mandul..xde rezeki untuk dia..mengawan,mengawan dah..tapi xde zuriat..momot akhirnya mati tua..hukhuk..so sad..kalau aku lepaskan dia pun,dia pandai balik kat sangkar dia..tapi mikki dapt hubby baru..tapi aku still menunggu..sapa yang mandul sebenarnya..??

posing hamster yang paling aku suka,bila dia berdiri sambil pegang kuaci..huhuhu..


momot~


mikki~


momot memang suka bebas..


permainan kesukaan..


membaca

aku suka membaca...wawawa..weh, tak kelakar ke?sebelum ni aku ada cerita rempit tapi aku minat membaca..huhu..

aku start suka membaca since school rendah lagi..aku suka kumpul buku-buku penyiasatan..antaranya 5 penyiasat..ada 15 judul..semua aku ada..cerita memaparkan 5 orang budak dan seekor anjing yang suka menyelesaikan misteri dekat perumahan dorang..tapi dorang dibenci oleh seorang polis, Mr.goon..mr.goon ni bodoh sombong..suka menyiasat benda-benda yang diluar dari siasatan..budak-budak ni juga yang pandai..aku pernah kantoi sekali dengan ustazah aku.masa dia mengajar aku tengah baca buku ni..aku kalau baca biar habis, tak suka setengah-setengah.lansung dia rampas buku aku tu..tapi balik tu aku beli lagi..tak rasa rugi pun..asalkan hati aku puas dapat tolong sama menyelesaikan misteri..hahahaha..

aku ada kumpul buku pengembaraan remaja..buku ni tak banyak..ada 4 judul je..mengisahkan kelab kembara remaja yang buat pengembaraan dalam hutan..ada cerita seram, cinta, sedih, sesat and macam-macam lagi..aku layan sebab kulit buku tu best je..dah beli satu,nak cukupkan semua siri..camtula aku..hahaha..

aku pun ada kumpul komik dragon ball..sampai 43 je lepas tu stop..macam-macam la orang cakap..penulis nak rehat la,mati la,takde idea la..lantak dia la..huhu..lukisan komik cantik..aku suka tiru..banyak buku sekolah aku yang aku conteng..jalan cerita dia pun aku suka..so duit belanja aku masa school dulu memang banyak habis dekat buku je..

ni majalah yang paling aku suka dulu..majalah ujang..lawak antarabangsa..tak tahu ada lagi ke tak sekarang ni..seingat aku ada 2 dulu..1 gila-gila,1 ujang..memang aku selalu beli gak..lagi-lagi bila ada perayaan and sambutan that month..buku dia akan tebal sikit and kartun pun bertambah..dia pun akan bagi poster untuk aku tampal kat dinding rumah..kartun dia paling aku suka tiru..dekat rumah aku dulu,aku tidur katil double deaker..aku belah atas..sebelum aku tidur aku akan conteng dinding sebelah katil aku..siap ada jalan cerita sekali macam dorang tengah berborak..hahaha..mak aku la yang paling hangin dengan aku..setiap minggu kena cat dinding bilik..jahat x?nakal je..budak-budak kan..

time school menengah, aku school dekat sekolah agama menengah rawang..masa dekat school ni,aku suka kumpul al-quran and kamus..bahasa melayu ke bahasa melayu,bahasa inggeris ke bahasa melayu,bahasa inggeris ke bahasa inggeris and bahasa arab ke bahasa bahasa melayu..al-quran siap dengan terjemahan and macam-macam color..ada yang jenis poket(kecil),besar and sedang..baca?kadang-kadang je pun..gatal beli je sebab cantik..aku pun suka baca mastika time ni..banyak cerita sebenar yang boleh aku jadikan panduan and pedoman untuk aku teruskan hidup..baru aku tahu ada benda yang tak diajar, ada dalam buku tu..pengaruh kawan yang paling penting..kerana kawan,pengaruh yang cukup besar,yang mampu mengubah kita untuk jadi seseorang atau sebaliknya...