aku suka membaca...wawawa..weh, tak kelakar ke?sebelum ni aku ada cerita rempit tapi aku minat membaca..huhu..
aku start suka membaca since school rendah lagi..aku suka kumpul buku-buku penyiasatan..antaranya 5 penyiasat..ada 15 judul..semua aku ada..cerita memaparkan 5 orang budak dan seekor anjing yang suka menyelesaikan misteri dekat perumahan dorang..tapi dorang dibenci oleh seorang polis, Mr.goon..mr.goon ni bodoh sombong..suka menyiasat benda-benda yang diluar dari siasatan..budak-budak ni juga yang pandai..aku pernah kantoi sekali dengan ustazah aku.masa dia mengajar aku tengah baca buku ni..aku kalau baca biar habis, tak suka setengah-setengah.lansung dia rampas buku aku tu..tapi balik tu aku beli lagi..tak rasa rugi pun..asalkan hati aku puas dapat tolong sama menyelesaikan misteri..hahahaha..
aku ada kumpul buku pengembaraan remaja..buku ni tak banyak..ada 4 judul je..mengisahkan kelab kembara remaja yang buat pengembaraan dalam hutan..ada cerita seram, cinta, sedih, sesat and macam-macam lagi..aku layan sebab kulit buku tu best je..dah beli satu,nak cukupkan semua siri..camtula aku..hahaha..
aku pun ada kumpul komik dragon ball..sampai 43 je lepas tu stop..macam-macam la orang cakap..penulis nak rehat la,mati la,takde idea la..lantak dia la..huhu..lukisan komik cantik..aku suka tiru..banyak buku sekolah aku yang aku conteng..jalan cerita dia pun aku suka..so duit belanja aku masa school dulu memang banyak habis dekat buku je..
ni majalah yang paling aku suka dulu..majalah ujang..lawak antarabangsa..tak tahu ada lagi ke tak sekarang ni..seingat aku ada 2 dulu..1 gila-gila,1 ujang..memang aku selalu beli gak..lagi-lagi bila ada perayaan and sambutan that month..buku dia akan tebal sikit and kartun pun bertambah..dia pun akan bagi poster untuk aku tampal kat dinding rumah..kartun dia paling aku suka tiru..dekat rumah aku dulu,aku tidur katil double deaker..aku belah atas..sebelum aku tidur aku akan conteng dinding sebelah katil aku..siap ada jalan cerita sekali macam dorang tengah berborak..hahaha..mak aku la yang paling hangin dengan aku..setiap minggu kena cat dinding bilik..jahat x?nakal je..budak-budak kan..
time school menengah, aku school dekat sekolah agama menengah rawang..masa dekat school ni,aku suka kumpul al-quran and kamus..bahasa melayu ke bahasa melayu,bahasa inggeris ke bahasa melayu,bahasa inggeris ke bahasa inggeris and bahasa arab ke bahasa bahasa melayu..al-quran siap dengan terjemahan and macam-macam color..ada yang jenis poket(kecil),besar and sedang..baca?kadang-kadang je pun..gatal beli je sebab cantik..aku pun suka baca mastika time ni..banyak cerita sebenar yang boleh aku jadikan panduan and pedoman untuk aku teruskan hidup..baru aku tahu ada benda yang tak diajar, ada dalam buku tu..pengaruh kawan yang paling penting..kerana kawan,pengaruh yang cukup besar,yang mampu mengubah kita untuk jadi seseorang atau sebaliknya...
No comments:
Post a Comment