Monday, 5 December 2011

kawan

hari ini maybe aku dah buat silap..tapi apa yang aku buat untuk kebaikan..aku just dah takda cara..salahkah?semua orang ada masalah right..tapi janganlah masalah tu buat orang lain terpaksa memikul bebannya..

just nak say sorry..tapi terpaksa juga memandangkan KAU dah langgar etika..aku punya sabar ada had..aku tak kisah KAU nak anggap aku apa..hanya untuk pengajaran supaya KAU lebih berhati-hati di masa akan datang..

haa...ni bukan kes aku pukul orang ke, bunuh ke, apa ke..just kasi gerun je..huhu..sebab aku selalu pegang pada janji..bila orang buat bodoh dengan janji,aku kena gak fikir 1 cara supaya KAU akan ingat kalau KAU nak buat macam tu lagi..simple kan..

so, jangan simpan dendam,tak bertegur ke, sebab apa, kita KAWAN..

Wednesday, 30 November 2011

life

manager dah tak kacau aku..happy juga..tapi rasa pula macam dah tak penting..hurm..anyway,alhamdulillah after cerita dekat dia,dia bagi aku kelonggaran..agak respect la even apa yang aku buat dah langgar law..bukan senang nak hidup and bukan senang nak mati..sharing is the best way..tapi cuma untuk yang boleh memahami la..now,banyak benda nak kena fikir and buat..masa ada 24 jam je..siapa ada lebih?aku nak beli.....

Saturday, 26 November 2011

tunang

26 November 2011
3pm
Villa Puteri, KL

aku bertunang..wee...~

jangan terkejut sebab plan aku pada 20/11/2011..tapi takde preparation pun..just ada cincin..slumber tak?cam nak pegi mana je..ingat nak pegi meminang anak orang main redah je ke?dari kecil mak bapa dia bela tau..so apa-apa pun kena la beradat..ada sirih junjung and hantarannya la..biasanya untuk bertunang ni orang akan bagi makanan..so aku bagi coklat, kek, and buah..lain-lain tu macam baju nikah and cincin pertunangan..

kami buat simple je..antara keluarga..tak perlu panggil semua orang yang kita kenal..lebih kepada perbincangan untuk tahu tarikh nikah, hantaran dan tempat..dapat juga mengeratkan silaturrahim..daripada kenal-kenal macam tu je dah jadi close..sedikit jamuan untuk yang hadir..memadaikan?lagipun maksud lain untuk pertunangan itu pun adalah perjanjian untuk perkahwinan..kalau-kalau la tak jadi, kan dah memalukan dua keluarga..apa-apa pun kita kena mengharapkan yang terbaik untuk apa yang kita lakukan..niat kena betul..

Tarikh nikah?plan pada 18/12/2011..bertempat di KL..ni tarikh anniversary aku dengan si dia..dah 9 tahun kami berkawan..lama  ke?rasa-rasa?hoho..majlisnya pula plan seminggu after nikah tu..agak serabut sebenarnya sebab lagi 3 minggu je pun..dah dekat..yang penting buat yang wajib..tambahan pula tarikh yang dipilih sama dengan tarikh anniversary parent si dia..waa...kata ayahnya boleh la dia follow honeymoon sama-sama..yew..~

antara gambar pertunangan yang sempat dirakam...









Wednesday, 16 November 2011

futsal

Ahad
13/11/11
VIP court futsal
9am-2pm

pagi tu bangun awal..kena setup court untuk tournament..ketua dah bagi kerja untuk setiap AJK..aku bukan excited nak kemas,susun and hias court ni..ni la game yang aku tunggu-tunggu (futsal)..just harap hari tu aku dapat buat yang terbaik untuk diri aku..bukan apa,dulu time aku main dengan team aku untuk satu tournament,aku agak mengecewakan..gugup je bila main..

malam sebelumnya aku tidur awal..jarang sekali la..harapannya bangun awal and cergas..target nak goal banyak and beraksi cemerlang..hahaha..poyo ke? just untuk rumah sukan aku yang berada di kedudukan second last sekarang ni..last game lak tu..game first bertemu dengan team pilihan juara..bawang..adoi..semua power-power..tapi alhamdulillah..game pertama seri..game seterusnya hanyalah kemenangan..huhuhu..happy betul...~



jangan terkejut kenapa pakai baju bola jaring..yang ni je ada banyak..bedal jela..bersama rumah bawang 1..game pertama..seri 3-3..aku berjaya menyumbat ketiga-tiga gol..wee~ game berikut menentang team subsidiari..bekal baru 2..menang dengan 5-0...aku dapat sumbat 4 gol..game ketiga menentang starbery 1..menang 2-0..yang ni aku dapat 1 gol..dah penat..team lak power..game terakhir dalam liga kumpulan,menentang rumah udang 2..menang 5-0..aku sekali lagi dapat sumbat 3 gol..hehe..peringkat separuh akhir menentang bekal baru 1..seri 1-1..menang menerusi sepakan penalti..final menentang udang 1..seri 0-0 and menang menerusi sepakan penalti..  


ni saat indah..team coklat dapat johan untuk liga futsal adabi 2011..barisan team coklat dari kiri muhamad idham,aku,kapten abg yob,keeper hairi montahe,penyelia prod B,che azmi..


aku dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan..trofi disampaikan oleh pengerusi KSR, pn rafidah masri..


ni pula aku dapat hamper no.1 cabutan bertuah..first time aku dapat camni..tapi kena kekah..huhu..yang penting happy..kalau bukan kerjasama antara team,aku tak dapat apa yang aku harapkan..

Sunday, 6 November 2011

turtles

aku ada kura-kura..ada 3 ekor..tapi tak tahu yang mana jantan,yang mana betina..korang tahu tahu x yang mana?huhu..nama dia xtahu pula tapi dekat leher dia ada color oren atau kuning tu..tapi totally hijau la..

aku letakkan dorang dekat dalam aquarium yang tak bertutup..air pun sikit je..then aku susunkan batu-batu sungai yang agak besar supaya dorang boleh bertenggek untuk mengeringkan  badan..aku bela dorang ni sebab suka tengok ninja turtle..kartun time aku budak-budak dulu..nama dorang aku dah lupa tapi aku ingat color and senjata yang dorang pakai..hoho..

nak jaga senang..tapi air cepat busuk..makanan dia maybe kangkung..aku tak sure sebab aku beli yang dah ready made dekat kedai ikan..mahal juga satu botol makanan dorang tu..tapi nak buat macam mana,aku xtahu dorang makan apa lagi selain tu..dorang ni un jenis berebut bila makan..sampai ada yang memanjat atas badan membe untuk mendapatkan makanan..sweet kan?

cara nak pegang kura-kura ni pun kena betul..pegang dekat cengkerang dia..dia ni boleh mengigit..tapi xtahu betul ke tak statement ni sebab aku belum pernah gigit lagi..hehe..kalau letak dia dekat karpet,memang macam pelesit dia lari..tapi suka tengok muka dia..comel..kuku dia pun panjang..bila korang pegang dia lama-lama,dia gunakan kuku dia tadi untuk melepaskan diri..

kura-kura jenis ni aku rasa bukan pemalu atau jenis nampak orang menyorok..so,kepada yang baru nak membela selamat mencuba..hehehe..


kiki,kaka,kiko~


hamster

tadi ikan..ni pula hamster..pencinta haiwan la katakan..hehe..aku ada 2 ekor..1 momot(jantan) and 1 mikki (betina)..hamster aku ni jenis besar..maksudnya yang jenis lembap tu..yang kecil tu aku tengok memang comel..tapi ada yang garang and cepat membiak..kalau dah membiak banyak-banyak nak letak mana..ingat rumah tikus ke..hoho..

aku beli 2 set rumah hamster..aku beli 2 sebab membe aku beritahu,kalau betina pregnant,jangan campur dengan jantan..nanti dia bunuh anak..yang betina fully putih..yang jantan ada tompok hitam..tapi jantan yang paling manja..suka duduk dalam tapak tangan..makan pun bersuap..dia suka kumpul kat pipi and bawa kat tempat tidur dia..yang sweetnya tengok dorang kupas kuaci 2..comel..kat tempat dorang ada roda,kasut yang berlubang,tempat makan and tempat tidur..first masukkan dorang dalam sangkar terus naik roda tu laju2..aik..xpenat ke?o mayb nak biasakan diri..berlari turun naik,atas bawah..lepas dah biasa dalam sangkar 2,tidur je memanjang..bangun untuk makan and kencing je..tapi waktu tidur yang paling lama..




tapi yang x bestnya serbuk kayu dorang kena tukar selalu..hancing..serbuk kayu 2 pun ada pelbagai bau..aku malas nak tukar..nak basuh semua tempat dorang..suka tengok tapi malas nak cuci..hamster aku pun aku mandikan..badan alaaa...kurus rupanya..bulu je lebat..tapi nak jadikan cerita,mayb momot mandul..xde rezeki untuk dia..mengawan,mengawan dah..tapi xde zuriat..momot akhirnya mati tua..hukhuk..so sad..kalau aku lepaskan dia pun,dia pandai balik kat sangkar dia..tapi mikki dapt hubby baru..tapi aku still menunggu..sapa yang mandul sebenarnya..??

posing hamster yang paling aku suka,bila dia berdiri sambil pegang kuaci..huhuhu..


momot~


mikki~


momot memang suka bebas..


permainan kesukaan..


membaca

aku suka membaca...wawawa..weh, tak kelakar ke?sebelum ni aku ada cerita rempit tapi aku minat membaca..huhu..

aku start suka membaca since school rendah lagi..aku suka kumpul buku-buku penyiasatan..antaranya 5 penyiasat..ada 15 judul..semua aku ada..cerita memaparkan 5 orang budak dan seekor anjing yang suka menyelesaikan misteri dekat perumahan dorang..tapi dorang dibenci oleh seorang polis, Mr.goon..mr.goon ni bodoh sombong..suka menyiasat benda-benda yang diluar dari siasatan..budak-budak ni juga yang pandai..aku pernah kantoi sekali dengan ustazah aku.masa dia mengajar aku tengah baca buku ni..aku kalau baca biar habis, tak suka setengah-setengah.lansung dia rampas buku aku tu..tapi balik tu aku beli lagi..tak rasa rugi pun..asalkan hati aku puas dapat tolong sama menyelesaikan misteri..hahahaha..

aku ada kumpul buku pengembaraan remaja..buku ni tak banyak..ada 4 judul je..mengisahkan kelab kembara remaja yang buat pengembaraan dalam hutan..ada cerita seram, cinta, sedih, sesat and macam-macam lagi..aku layan sebab kulit buku tu best je..dah beli satu,nak cukupkan semua siri..camtula aku..hahaha..

aku pun ada kumpul komik dragon ball..sampai 43 je lepas tu stop..macam-macam la orang cakap..penulis nak rehat la,mati la,takde idea la..lantak dia la..huhu..lukisan komik cantik..aku suka tiru..banyak buku sekolah aku yang aku conteng..jalan cerita dia pun aku suka..so duit belanja aku masa school dulu memang banyak habis dekat buku je..

ni majalah yang paling aku suka dulu..majalah ujang..lawak antarabangsa..tak tahu ada lagi ke tak sekarang ni..seingat aku ada 2 dulu..1 gila-gila,1 ujang..memang aku selalu beli gak..lagi-lagi bila ada perayaan and sambutan that month..buku dia akan tebal sikit and kartun pun bertambah..dia pun akan bagi poster untuk aku tampal kat dinding rumah..kartun dia paling aku suka tiru..dekat rumah aku dulu,aku tidur katil double deaker..aku belah atas..sebelum aku tidur aku akan conteng dinding sebelah katil aku..siap ada jalan cerita sekali macam dorang tengah berborak..hahaha..mak aku la yang paling hangin dengan aku..setiap minggu kena cat dinding bilik..jahat x?nakal je..budak-budak kan..

time school menengah, aku school dekat sekolah agama menengah rawang..masa dekat school ni,aku suka kumpul al-quran and kamus..bahasa melayu ke bahasa melayu,bahasa inggeris ke bahasa melayu,bahasa inggeris ke bahasa inggeris and bahasa arab ke bahasa bahasa melayu..al-quran siap dengan terjemahan and macam-macam color..ada yang jenis poket(kecil),besar and sedang..baca?kadang-kadang je pun..gatal beli je sebab cantik..aku pun suka baca mastika time ni..banyak cerita sebenar yang boleh aku jadikan panduan and pedoman untuk aku teruskan hidup..baru aku tahu ada benda yang tak diajar, ada dalam buku tu..pengaruh kawan yang paling penting..kerana kawan,pengaruh yang cukup besar,yang mampu mengubah kita untuk jadi seseorang atau sebaliknya...




Saturday, 5 November 2011

ikan

aku suka bela binatang..binatang apakah itu? IKAN..ngee..aku ada beberapa aquarium..kecil,sederhana,besar..ikan pilihan,banyak..tiap-tiap satu ada kelebihan masing-masing yang boleh buatkan aku terpegun dengan aksi dorang..bak kata orang,boleh hilang stress la kalau mengadap ikan ni..tapi memang betul..tak percaya,try la..lagi-lagi lepas korang balik kerja...

ikan emas (ikan boyot)



ikan ni memang kuat makan..selagi perut dia tak pecah dia takkan berhenti..so kalau bagi makan agak-agak..ikan ni kalau buka penutup aquarium tu dia dah memang tunggu dengan mulut ternganga..huhu..tapi ikan ni cantik..walaupun perut dia besar,gerakan punggung ke kiri dan ke kanan tu buatkan aku geli hati..senyum sorang-sorang aku depan aquarium tu..ekor dia lak terjurai..kalau korang hias dengan rumpai tiruan and batu-batuan putih memang cantik sangat..ikan ni kalau dia lapar,dia akan makan lumut-lumut dekat batu and rumpai tu..

ikan harimau (tiger fish)



tapi aku tak biarkan ikan emas ni dengan kaum dia je..aku biasanya akan campurkan dengan ikan yang berbangsa kecil..misalnya tiger fish..bukan apa..tengok dari movement ikan emas ni memang slow..tapi tiger fish ni sangat laju bila dorang main kejar-kejar..dorang akan menyelit-nyelit tepi rumpai tiruan tu untuk mengelak daripada ditangkap..hehe..color dia pun ada dua..setahu aku la..ada yang hitam kuning and ada yang oren kuning..mulut ikan ni kecil so bila dorang dapat makanan yang jenis biji-biji yang color merah and hijau tu,dorang akan kemam sampai biji-biji tu lembik and baru dorang akan kunyah perlahan-lahan.tapi jangan dipandang oleh rakan sebangsa,mereka akan berebut makanan yang 1 tu even ada lagi makanan kat sebelah dorang..memang sangat comel..

sepat ronggeng



1 lagi jenis ikan yang aku campur dalam aquarium ialah sepat ronggeng..aku ada ikan yang tergedik-gedik bila berenang(ikan emas),aku ada ikan yang laju cam watson nyambek bila main kejar-kejar..and sepat ronggeng ni pelik sikit sebab dia statik..kadang-kadang je laju bila rasa diancam..ikan ni mulut kecil and ada belang-belang kat badan..badan dia berkilau bila terkena pantulan cahaya aquarium..bila tengok ikan ni,mata and janggut dia je bergerak..makan kurang tu yang badan ramping..

flower horn (tanduk bunga)



ikan ni smart..aku tak boleh campurkan dia dengan ikan-ikan lain sebab dia jenis makan ikan gak..aku selalu bagi dia anak ikan kap..1 hari rm2 untuk dia sahaja..aku suka main ikan ni sebab bila aku letak jari kat kaca aquarium,dia akan menyondol-nyondol dinding aquarium..ikan ni cepat membesar sebab makan pun kuat..dekat badan dia ada tulisan cam perkataan cina..ada isu dulu-dulu,ikan ni pernah memaparkan kalimah Allah s.w.t..(pernah baca di mastika)..tapi ada juga yang menunggu kot-kot perkataan tu bertukar jadi nombor (nombor ekor-4D,haram..huhu..) kepala dia ada jendol..maybe selalu sangat langgar dinding aquarium tu yang benjol semacam tu..pelbagai fakta juga aku dapat dari owner kedai ikan bagi menjaga ikan ni..nak bagi jendol lagi besar macam mana,warna tambah menarik,tulisan pekat...macam-macam..

kap jepun



aku ada bela ikan kap jepun ni dalam aquarium..pelik tak?biasanya orang akan buat kolam..disebabkan aku suka ikan ni dengan color badan-badannya yang meriah,aku bela gak sebab dah takde space nak buat kolam dekat rumah..ikan ni cepat membesar..pantang takde oksigen dia akan cepat asma..makan kuat tapi penakut..bila aku jengah dia,cepat-cepat dia menyorok belakang rumpai..tapi bila nak bagi makan,ke main laju hambat biji-biji merah tu..makanan dia pun besar sikit dari makanan ikan-ikan kecil di atas..tapi aku paling suka color dia..=)

toman



bela toman aku takut sikit..paling susah bila nak cuci tempat dia..ikan ni kuat melompat..tempat dia special sikit..dalam sangkar..siap ada jaring supaya dia tak boleh lari..ikan ni makan bersuap..sebab aku tak boleh letak semua ikan-ikan kecil sekali..dah letak jaring kan..bila aku letak je seekor anak ikan kepinpin,terus dia terkam..hoho..cam sarkas..nasib berjaring..kalau tak habis tangan aku..ikan ni pun kuat makan and cepat membesar..aku pernah terjun longkang semata-mata nak cari anak ikan nak bagi dia makan..ha...dalam longkang pun ada ikan..ikan liquid aku panggil..ada yang berwarna warni..(ikan gapi)..anak ikan talapia and puyu pun aku pernah dapat bila menangguk..yang aku musykil,dari mana ikan ni datang..banyak lak tu..longkang lak yang terpilih sahaja..yang belum ada owner duduk dekat perumahan tu and x bahaya sangat..

ikan laga

ikan ni kecil..tapi nafsu besar..1 tempat,dia punya je..tapi tempat tu pun xdela besa sangat..aku belikan dia aquarium paling comel sekali..bukan xleh campur..nanti bergaduh..habis ekor dia nanti..tapi dulu aku selalu laga ikan..paling best bila dorang dah start kiss..berkocak-kocak air..lastly siapa yang kalah akan berundur..angkat bendera putih la..tapi lepas tu kesian dekat ikan yang kalah sebab badan dia rosak teruk..tapi nasib baik ekor yang rosak tu boleh tumbuh balik..ikan ni cantik..tapi nak lagi cantik kena kurung dia dekat tempat gelap..dia pun suka buat buih..tak tahu apa tujuan sebenar..makan dia pun senang.cacing beku..tapi kalau takde baget kenala bunuh nyamuk-nyamuk kat celah almari and rak kasut untuk bagi dia makan..

protes

kenapa boleh dapat manager yang macam ni?manager lain duduk gasak management untuk backup anak buah tapi lu rilex je dengan slumber bagi announcement kat budak-budak lu gaji untuk department kita ni tak naik..wah..lu best la kan?gaji lu dah besar..lu tahu ke macam mana anak buah lu kerja?ada yang tak ambil cuti tahun lansung, OT kaw-kaw, isnin sampai ahad kerja pada hal ada anak bini dekat rumah..eh..lu si** kot...

department lain duduk gosip-gosip pasal gaji baru tapi lu tahu ke apa kita orang punya perasaan beb?kerja belas-belas tahun tapi gaji sama dengan pekerja baru masuk..dorang tau ke selok-belok company?ada experience?lu hati orang lama lansung tak nak jaga..ada yang hutang bank rakyat, eon credit..ah long pun ada..tu tak termasuk yang hutang dengan lu...lu takde rasa apa-apa ke?sampai bia dorang nak macam tu?ada yang dah beranak pinak tapi kereta pun takde..adoi..wa memang angin dengan lu la beb..

start jumaat (4/11/11) wa dah pakat dengan semua orang department wa..lu orang semua kasi protes seminggu ni..jangan OT..pergi ma** dengan target dorang nak berapa banyak..cukup working hour lu semua balik..tunjuk sikit kalau lu orang takde,dorang boleh jalan sendiri tak?boleh running sendiri tak?boleh solve problem tak?leh settle breakdown tak?peduli kan management yang macam ni..nak untung lebih..kereta tiap-tiap bulan tukar orang bawah nganga sampai keluar air liur tengok kereta-kereta korang..

aku memang nak buat union..tengok aku buat surat nanti..aku tahu orang-orang bawah tak berani bersuara..tapi sampai bila dorang nak macam tu kalau takde orang yang nak berjuang untuk dorang..kalau nak bantah ada je jawapan..dorang pun fikir periuk nasi dorang..semua dah berumur..tengok apa aku nak buat nanti..aku nak engkau jatuh..lepas jatuh siap kena langgar lori lagi..*&^%$#@


Sunday, 30 October 2011

kursus..

29 sept 2011
Sabtu
2.30-6.30pm
Masjid negara

aku cuti hari tu..tapi cuti tahun dah habis..bedal la MC..katala sakit perut(cirit birit)..dalam hati berdoa supaya lakonan menjadi..perut dah biar kosong awal2..malam semalam pun x makan..huhu..yes..lepas..dapat 1 ari..jeng-jeng..plan berjalan lancar..lepas dapat MC (jangan tiru perilaku di atas-sekali sekala takpe,bohong sunat..yang penting niat suci) aku balik and terus siap-siap..kursus pukul 2.30..lambat lagi..cuaca pun ok,pegila basuh si manje blacky..nasib xramai orang..

sampai rumah si dia,dalam pukul 12 macam tu jadi blur sikit sebab xde plan apa-apa..awal lagi time tu so pegi brem mall..angkat 1 beg sandang..sangat nice..thank kamu..simpan buat hantaran ye..bukan terus pakai..huhu..then terus menuju ke masjid negara..lepas daftar,bagi copy IC,bayar then dapatla file..hope everything goin smooth..dengan harapan takde tanya apa-apa and suruh dengar je..nasib facilitator semua kepala masuk air gak even usia dah separuh abad..sebenarnya dorang suka cakap pasal kahwin-kahwin ni..pengalaman dah ada la katakan..dengar jela..macam-macam dorang berleter..pasal komunikasi,hubungan,ikatan perkahwinan,ibadah,akidah..waw..dah ready ke?simple question..sebutkan rukun nikah?slumber bro ni jawab 5..tepat..ustaz tanya lagi,apa dia..dengan sempoinya bro ni jawab mengucap 2 kalimah syahadah,solat 5 waktu,puasa,zakat,haji..habis 1 dewan gelak macam nak mati..aku menangis hampir terkencing la dengar..adoi..rilex bro..tau excited nak kahwin..tapi janganla pakai istilah 'pandirisme'..tak tahu,tanya...hehehe...



30 sept 2011
ahad
8.30-6.30pm
masjid negara

awal pagi dah keluar rumah..target sampai rumah si dia dalam pukul 8..singgah petronas beli breakfast..xsempat dekat rumah sebab malam tadi tidur lambat..tengok bola punya pasal..sampai masjid negara lagi 15 minit nak start..cantik..punctual x?kursus dah la 1 hari..mata rabak ni..

kursus pun macam biasa..sorang masuk mesti 2 topik cover..memang letih la..duduk je..tegang leher..nasib ustaz-ustaznya best..x berhenti gelak..ada je lawak,perli,sex 2 normal la..kursus kahwin kan..sebelum pegi dah tanya member yang dah kahwin..hehe..minum pagi,lunch,minum petang semua teratur..duduk asing-asing..mana boleh sekali..makan pun macam tu gak..kena la cari kawan baru nak buat borak-borak..kalau x mati kutu..

pukul 2,ustazah lak bagi ceramah..first nampak macam ok..tapi paham-paham la time 2 kan..lepas makan lak 2..mana x mengantuk..ustazah ni pula bagi ceramah macam berleter..meleret je dengar..adoi..x sedar aku dah tersandar kat bahu member sebelah..hoho..walaupun dia banyak gelak,aku sikit pun tak tercuit..memang teruk betul la..rasa nak keluar je..2 jam lak 2..hope belah petang dapat penceramah yang boleh bagi buka mata ni balik..

petang lepas asar,kelam kabut ustaz ni masuk dewan..aku fikir balik,siapa lambat ni..rupanya dia memang jenis macam tu..cakap lak xleh berhenti..macam peluru M-16..tapi memang best..buat lawak dengan memek muka sekali..ni pun pecah perut gak..tapi banyak fakta yang aku dapat..antaranya bahasa melayu yang asli ada 3 je..yang lain di ciplak dari bahasa lain..45% dari bahasa arab dan lainnya inggeris..haa..aku xtau benda ni..dulu malas betul nak ambil tahu..huhu..

habis kursus tu,penutp disampaikan oleh pengurus kursus tersebut..siap promote buku-buku yang dijual..panduan menuju alam perkahwinan,ijab kabul,adab dan tak lupa permata yang hilang versi baru..huhuhu..canggih ustaz ni..sijil siap minggu depan..hoorey...!!

Monday, 24 October 2011

exam

huh...baru lepas jawab exam..keluar second awal lak tu..x pening sangat nak jawab..calculation tu je rumit sikit..hope dapat keputusan yang memberangsangkan..

pagi aku dah keluar..pukul 8..breakfast dah disediakan kat sana..pekena mee goreng dengan karipap..then review balik text2 yang aku dah buat sebab exam pukul 9.30..gementar tu mesti ada sebab ni resit paper..hoho..yang lepas aku fail la..nak buat macam mana, bukan bidang aku..gatal sahut cabaran..tu la padahnya..

jawab punya jawab ada soalan ni aku blur..dan2 lak penjaga exam tu datang sebelah aku..macam tau2 je aku ada problem..terus dia tunjuk A..aik?bagi jawapan lagi?thank you!!! hahaha..macam ni aku kena buat muka blur selalu ni..hehehe..ada gak 3,4 soalan dia tolong aku..tapi ada soalan ni aku nak trick dia..bab pengiraan..aku dah siap kira actually..tapi aku buat2 blur..dia datang lagi...dia bagi jawapan x sama dengan apa yang aku kira...aku angkat kening..aku dah betul dah ni..rumus ada,bkn xda..ingat aku ngen sangat ke x tahu guna rumus..start 2 aku rasa dia ni tebar je..hah!!! tension gak..

last2 aku anggap apa yang dia bagitahu awal2 tadi tu betul la sebab bila aku belek2 balik memang aku dah xtahu jawpannya..simple x?huhu...anyway thank you for help me sis..=)

wedding

our planning dah dekat..hope semuanya berjalan lancar..dah 9 tahun kawan..waa..lama x?twing2..minggu depan dah book untuk kursus kahwin..dekat masjid negara..RM80/seorang..time sabtu 2.30pm to 5.30pm..ahad dari pagi sampi petang..adoi..lamanya..

macam mana kursus 2 ek?best ke x?tengok penceramah la kot..hope x memboringkan..bagi balik awal ke..hehe..boleh continue dating..haih..cincin kamu belum cari lagi ni..saya punya dah ada..wek..cari sekali hari 2 kot sebab barang hantaran semua dah ada..

tapi agak pening sikitla..nak buat 2 tempat atau sekali kan je?rumah takdela jauh mana..huhu..lagipun space untuk buat kat rumah kamu tu xde..haih..konsep pun belum ada..buat kat taman?dewan?rumah?siapa leh bagi idea and costingnya sekali?banyak juga kena fikir and prepare..hari bersejarah la katakan..

waiting for that time...hmmm~

Sunday, 23 October 2011

tembeling golf resort

ni pun antara tempat yang best gak..sebab kitaorang je ada kat situ..haha..orang kurang..bilik kiri kanan 0..so kitaorang bermaharajalela lah kat situ..tempat kat kuantan..dekat dengan teluk cempedak(TC)..kitaorang lepak sini 3 hari 2 malam gak..


tempat kat sini nice sebab dekat dengan laut,banyak kemudahan,sunyi..sesuai la kalau yang duduk KL 2 nak lepak sini..antara kemudahan yang ada pool,gym,snooker..bilik dia lak ada semua kemudahan..peti ais,dapur, tv and macam2 lah..sangat selesa..try la..








bila dah sampai tempat2 macam ni aku cam biasa la..batak air kan..macam2 skill nak buat..tapi malam mesti aku demam..king2..bila kerja,kerja betul2..bila enjoy,enjoy betul2..betul x?ha..ce tengok air dia..cantik kan..tapi kat sini banyak batu..kena hati2 la..terima kasih kat bro 2 sebab bagi pinjam bahu untuk kitaorang lompat2..dia offer aa..kitaorang xminta..





kalau dah sampai sini,nak lepak minum petang ke kat TC cun..ada MCD,KFC..cuci mata pun ok..hehe..makan malam kitaorang orang biasanya akan cari ikan bakar..rugi xmakan kalau dah dekat dengan laut ni..fresh la katakan..





ok..nak balik dah..gambar depan bilik and kat tempat parking..parking jangan risau..berbumbung and xkena bayar pun..guard pun ada sepanjang masa..so havu fun..






Saturday, 22 October 2011

pangkor island

lama x pegi pulau..dapat snorkling, kayak, banana boat..(tapi x reti berenang pun)..huhu..just bergantung kat life jacket je..gerak skit2 tu boleh la..hahaha...tarikh aku lupa la..tapi sebab pegi dengan membe2, jadi seronok nak cerita walaupun pangkor je..

gerak pagi..pukul 5..ikut jalan lama..jalan kuala selangor..breakfast kat sabak bernam..lepak kat maplay..pekena teh tarik and roti telor..pergh..best..aku x bawa kereta so tidur je kat belakang..hehe..sian membe..tapi nak buat macam mana,suruh tukar driver xnak..siapa suruh kan..



sampai2 terus parking kat parking bertingkat..terus queue nak naik feri..ramai orang..xlama naik fery,kitaorang pun sampai jeti..wahh...best gak pemandangan..tadi masa naik pun nampak kapal perang..terasa nak naik lak..


turun jeti, nak ke chalet..sekali naik van pink la..huhu..naik jela walaupun kelakar..sampai kat teluk nipah apa lagi, campak beg terus nak mandi laut..woi2..batak ke?kita pegi lepak minum dulu..kata kawan2..haha..maklumla..kampung xde laut atau sungai..tapi makan pun mahal gak..harga teh o ais sama harga dengan milo...uik..main ikut dan je ke dorang kira ni?


kitaorang pegi 3 hari 2 malam..1st day, lepak2 je dulu..pusing2 pulau..cuci2 mata..makan minum..petang tu dah terjun laut..sebab masa tu ada awek2 tengah ada function apa tah..kitaorang pun poyo2 la lepak2 sebelah tu..hahaha..xdapat pun nombor..=)


esoknya, bermula aktiviti kitaorang..mandi laut, kayak, banana boat, snorkling..semua bedal la..sampai demam2 aku malam 2..huhu..tapi pantang jumpa air..nak terjun je..tapi seronok la kat sini..air laut masih biru..walaupun ramai orang,kebersihan still terjaga..







malam tu makan besar..makan ikan bakar..best..tapi harga ikan ni rasa berbaloi la..ikan pun fresh..tidur kekenyangan malam 2..boleh masuk jalan2 cari makan ni..walaupun orang ramai, nasib ada lagi space untuk kitaorang..2 table diperlukan sekali duduk..huhu..lepas makan apa lagi,karaoke la..my favourite..hehe..



last day...alamak..dah kena balik ke?boringnya..rasa nak duduk situ je..pagi tu pegi laut lagi..jalan2..cari ketam,siput..ambil banyak2..anyway, ni antara percutian yang best..enjoy..xrancang sangat tapi akhirnya jadi..